jadilah seperti air mutlak

•September 6, 2008 • 1 Komen

PENDAKWAH JADILAH SEPERTI AIR MUTLAK

Sesungguhnya golongan warasatul anbiya seperti yang pernah disebutkan oleh Nabi SAW  tidak selayaknya dibandingkan dengan artis,walau atas apa-apa alasan sekalipun.Mana mungkin sama tarafnya di sisi Allah antara si pembawa Allah dengan seorang artis.

Ada golongan yang menyatakan bahawa pendakwah harus terjun mendekati masyarakat berasaskan apa-apa yang mereka minat.Maka berbondong-bondonglah  pendakwah kita-ustaz dan ustazah-menjadi artis.Hatta ada yang terpaksa bertukar kulit menjadi pendakwah.Maka berkumandanglah lagu dakwah dalam pelbagai genre.Daripada pelbagai fesyen ke pelbagai pentas,mereka berpadu suara dakwah.Jangan dipersoalkan niat,kata mereka.Matlamat masih yang satu,iaitu berdakwah.

Golongan ini samalah seperti air mustakmal,iaitu air yang sifatnya suci,tetapi tidak dapat menyucikan sesuatu yang lain.Air teh ialah air yang air yang sifatnya suci,tetapi kesuciannya tidak boleh menyucikan pakaian yang kotor.JIKA TIDAK BETUL GAYANYA,GOLONGAN PENDAKWAH SEPERTI INI BOLEH MENIMBULKAN MASALAH DALAM MASYARAKAT.Mereka nampak seperti alim dan berilmu,tetapi realitinya mereka gagal memberikan manfaat dan kebaikan kepada orang lain.

Andai benar ada pendakwah yang menuntut bayaran tinggi untuk kerja dakwah,golongan ini dilabelkan sebagai pendakwah mustakmal.Pendakwah dalam golongan ini kadangkala sama perilakunya seperti seorang artis.Mereka menjadikan agama sebagai alas kaki.Kerja dakwah yang mereka lakukan bukanlah semata-mata untuk menegakkan agama Allah,tetapi hanya untuk kepentingan peribadi.

Jadilah seorang pendakwah yang baik dan berfungsi seperti air mutlak,air yang suci lagi menyucikan.Sifatnya bukan sahaja suci,malah kesucian itu boleh dimanfaatkan untuk kegunaan orang lain.Golongan ini bukan sahaja berilmu,alim dan sempurna akhlaknya,malah peka dengan ciri-ciri seorang pendakwah.Pendakwah mutlak sentiasa bermuhasabah diri dengan menghitung kelemahan dan memperkukuh kekuatan diri.Mereka tidak mencari keuntungan.Biasanya “keuntungan” yang mencari mereka,sama ada untung itu mencarinya di dunia mahupun membuahkan hasil di akhirat.

Dalam sebuah hadis,Nabi SAW bersabda yang bermaksud,”Tidaklah seorang itu dianggap alim sehinggalah dia tidak berhasad dengki kepada orang yang lebih daripadanya dan tidak menghina orang yang kurang daripadanya dan tidak mencari upahan kebendaan dengan ilmunya”.

Pendakwah yang paling bahaya dikenali sebagai pendakwah muqayat .Pendakwah dalam golongan ini seperti air mutanajjis,iaitu air yang kotor dan sudah pasti tidak boleh menyucikan sesuatu benda yang kotor.Golongan ini diibaratkan seperti najis yang lansung tiada manfaat kepada dirinya dan orang lain.Golongan ini bukan sahaja jahat,malah kejahatan mereka sehingga ke tahap membawa kebinasaan kepada orang lain.

Mereka terang-terang menggunakan ilmu agama untuk memanipulasikan orang lain hatta berani menceroboh ” maruah ” orang lain seperti kes penipuan,merompak,merogol sehingga sanggup membunuh.

Mereka termasuk dalam golongan ulama suk iaitu ulama jahat yang lansung tidak ada sifat takut kepada Allah.Kemungkinan golongan ini berilmu,tetapi tidak beramal dengan ilmunya hatta menjadikan iblis dan syaitan sebagai sahabatnya.Mungkin pada zahir hebat keilmuannya,tetapi hati mereka penuh dengan sifat-sifat cacat dan cela.

PERSOALANNYA : DIMANAKAH KITA ?

-copyright controlled-

Wassalam

Malam Ini

•Ogos 13, 2008 • 1 Komen

ilmu itu membawa aku ke sini,

meniti jejak perjalanan sufi,

kembara itu tidak akan terhenti,

kerana hati ini tidak mahu mati.

 

Namun di malam hari,

kala purnama sepi sendiri,

rindu dan resah menemani,

adakah aku mampu terus berdiri.

 

Dan kala malam ini meniti wajah bonda,

juga hadir senyuman ayahanda,

ku tahu di sana mereka berdoa,

moga lahirku penyejuk mata.

 

Juga malam ini terkenang sahabat-sahabat tercinta,

ku singkapi saat-saat terakhir bersama,

kerana sebelum itu ku tidak pernah menjangka,

itulah tirai kemanisan cinta bersaudara.

 

Ku akui ku merindui mereka,

ku pohon moga dipertemukan semula,

kerana aku tahu ku mencintai mereka,

atas panji  Allah dan rasul-Nya,

 

lalu tika malam hening inilah,

kala hawa angin menjengah,

tabir keegoan terhancur sudah,

linangan air mata berguguran rebah.

WASSALAM.

Hak cipta terpelihara

•Julai 28, 2008 • 1 Komen

WANITA DAN PERHIASAN KALAMNYA

“dan janganlah menhentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”

-iaitu tidak menghentak kaki mereka(perempuan) ke bumi semata-mata agar didengari lelaki bunyi perhiasan yang dipakainya lalu menaikkan nafsu serta membawa kepada penyakit hati(1).Adapun perempuan-perempuan yang berada di khalayak umum dan menghentak kaki mereka agar didengar bunyi perhiasannya,maka Allah mengharamkannya kerana ia merupakan perbuatan syaitan.(2) tamat.

Indahnya Islam yang telah menharamkan segala bentuk perbuatan dan perkara yang membawa kepada godaan serta tarikan yang menjerumuskan ke alam fitnah berbahaya.Maka Islam itu telah mengharamkan wanita dari melakukan perbuatan yang dilarang Allah sepertimana ayat di atas.

Maka bersandarkan ayat di atas,para fuqaha al-ahnaf telah berhujah bahawa suara wanita itu adalah aurat.Sebagaimana ditegah bunyi perhiasan yang dipakai perempuan itu maka seperti itulah larangan meninggikan suaranya yang sampai ke darjat an-nahyi.

Al-Jassos(Ahmad bin Ali Ar-Razi 370 Hijrah) dalam tafsirnya  berkata :-

Ayat tersebut menjadi dalil/hujah bahawa seseorang wanita dilarang meninggikan suaranya dengan kalam yang membawa kepada fitnah apabila didengar oleh orang lain terutamanya lelaki seperti larangan mendengarkan bunyi perhiasannya.Dengan itu tidak digalakkan seruan azan oleh perempuan kerana ia akan meninggikan suaranya sedangkan itu merupakan larangan.Dan ia juga membawa kepada larangan memandang kepada perempuan dengan bersyahwat kerana akan mendekati fitnah dan penyakit hati. tamat.

Namun ulama-ulama mazhab syafie mengatakan bahawa sesungguhnya suara perempuan itu bukanlah aurat kerana perempuan itu sendiri berhajat dalam melakukan perbuatan seharian seperti membeli dan menjual serta diperlukan penyaksiannya di depan hakim.Maka tidak dapat tidak dalam perkara ini memerlukan mereka meninggikan dan melontarkan suara hujah serta pendapat.

berkata Syeikh Mahmud Al-Alusi (1270 hijrah) dalam tafsir Ruhul Ma’ani :

Dan dinukilkan penjelasan di dalam kitab-kitab fiqh mazhab Syafie dengan terperinci bahawa suara mereka(perempuan) bukanlah aurat maka tidaklah dilarang mendengarnya kecuali jika dibimbangi mendatangkan fitnah. tamat.

Zahirnya jika tidak berlaku fitnah maka tiadalah menjadi aurat suara perempuan kerana sesungguhnya wanita-wanita di zaman Rasulullah sering menyampaikan berita,berbicara dengan lelaki dalam suatu perkara tanpa berlaku perbuatan munkar dan perbuatan berdosa.

“wanita itu perhiasan     jika solehah terukir di belakang”

“wanita itu emas            kerana itulah dinaungi batasan”

“wanita itu naungan      maka tetaplah di atas Islam”

WASSALAM

dhawabit al ma’rifah

•Julai 28, 2008 • Tinggalkan Komen

ADAKAH HARUS MENERIMA GANJARAN DALAM MENGAJARKAN AL-QURAN  & ‘ULUM AD DIN

Para ulama telah bersandarkan firman Allah di dalam Al-Quran :-

sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah yang merupakan keterangan-keterangan dan petunjuk setelah kami(Allah) jelaskan kepada manusia di dalam kitab(Al-Quran),mereka itulah yang dilaknat Allah….(1)

iaitu menyembunyikan apa yang Allah turunkan dalam ayat-ayat dan keterangan serta dalil-dalil yang jelas tentang kebenaran dakwah Nabi Muhammad s.a.w.Disandarkan juga pada rahib-rahib yahudi dan nasara yang menyembunyikan perintah Nabi Muhammad serta semua golongan yang menyembunyikan kebenaran dan meninggalkan keterangan yang dinyatakan Allah melalui Al-Quran. tamat

dalam menyatakan bahawa tidak harus menerima ganjaran dalam mengajarkan Al-Quran atau ilmu-ilmu keagamaan bersandarkan ayat tersebut atas perintah menyampaikan ilmu serta menyebarkannya tanpa menyembunyikannya.Dan seseorang itu tidak berhak meminta ganjaran atas amalnya yang sememangnya dituntut ke atasnya untuk melaksanakannya.

“permudahkanlah dan jangan menyusahkan…”

Namun apabila para Ulama mutaakhirin sikap manusia yang tidak memandang serius dan sedikit jumlahnya yang memberikan perhatian dalam perintah at ta’lim ad dini seterusnya menyibukkan mereka dengan keperluan dunia,maka para ulama ini mengharuskan menerima ganjaran bahkan sebahagiannya berpendapat  bahawa ia menjadi wajib demi memelihara khazanah ilmu-ilmu Islam.Dan tiadalah pendapat serta pendirian ini dihasilkan kecuali bertujuan memelihara Al-Quran dan Syariah Islamiah bahkan satu inisiatif dalam menrealisasikan janji Allah akan pemeliharaan Al-Quran.

“sesungguhnya Kami yang menurunkan (peringatan)Al-Quran dan Kamilah yang akan memeliharanya”

Janji Allah dalam memelihara Al-Quran dari penyelewengan sama ada perubahan kandungan,penambahan dan pengurangan. tamat

Telah disandarkan pada ayat tersebut(1) dalam konsep tanggungjawab menyampaikan ilmu,meninggalkan perbuatan menyembunyikannya.Maka ia juga dalil menghalang penerimaan ganjaran di atas tanggungjawab itu,sepertimana tidak harus menuntut hak(ganjaran) atas amalan yang sememangnya telah diperintahkan ke atasnya…Abu Bakar al jassos

Maka pandangan al fiqhiyyah ad daqiqah ini meletakkan ilmu pada martabat ibadah dan ia merupakan pandangan yang wajar dengan keutamaan ilmu itu sendiri.Namun ilmu-ilmu Syari’ah itu sendiri tidak terus hilang begitu sahaja dengan penerimaan fatwa para ulama mutaakhirin dalam perbincangan ini

“Ilmu itu dituntut dan tidak mencari penuntutnya”

“kemanisan ilmu itu pasti       jika diri itu mentaati Rabbi”

“kemanisan taat itu pasti        jika taqwa itu menemani”

“kemanisan taqwa itu pasti    jika ikhlas itu di sisi”

WASSALAM

Mujtama’ al basyari

•Julai 26, 2008 • Tinggalkan Komen

“tiada kekuatan Islam kecuali dengan jama’ah”

“tiada kekuatan jama’ah kecuali dengan hadirnya nakhoda gah”

“tiada kekuatan nakhoda itu kecuali dengan ketaatan daripada rakyat di bawah”

MUJTAMA’ AL-BASYARI

Telah bermula mujtama’ al basyari yang pertama adalah mujtama nabi Adam ‘alaihissalam bersama isterinya hawa setelah mereka dikeluarkan Allah dari syurga ke dunia.berfirman Allah :-

“turunlah kamu ke dunia dan (kelak) sebahagian daripada kamu menjadi musuh kepada yang lain”

Dan dengan wujudnya kelahiran mujtama’ maka berlakulah perhubungan yang pelbagai antara individu-individu kerana telah menjadi tabiat dan kelaziman selepas pergaulan sesama mereka dan wujud ikatan kukuh antara mereka.Maka ikatan pertama yang berlaku ialah ikatan perkahwinan sebagai asas hubungan khusus antara lelaki dan perempuan.Dan dari hubungan itu lahir pula zuriat yang pula mengembangkan lagi ikatan mujtama’ al basyar khusus pada hubungan kekeluargaan.

“adakah wujud pencipta selain Allah ta’ala?”

“Allah adalah pencipta segala sesuatu”

“jika ditanya kepada mereka(kafir)siapakah pencipta mereka,nescaya mereka menjawab:Allah”

AL QAWANIN AL WAD ‘IYYAH  WASSYARAI’ AL ILAHIYYAH

Dan mujtama’ al basyari semestinya tidak dapat tidak akan tunduk pada peraturan dan undang-undang(al qawanin) supaya dapat disusun dan ditadbir sesuatu perhubungan sesama ahli mujtama’ dengan baik.Bahkan ia amat penting dan menjadi kewajipan pada satu-satu mujtama’ sebagaimana pentingnya mujtama’ kepada seorang insan.

Maka telah lahir al qawanin al wad ‘iyyah dan syarai’ al ilahiyyah.Dimaksudkan dengan yang pertama ialah peraturan dan undang-undang selaras dengan keperluan manusia dan ia sentiasa berubah-ubah seiring dengan perubahan suasana(al waqi’).

Manakala pengertian bagi syarai’ al ilahiyyah ialah undang-undang atau peraturan yang disyariatkan Allah melalui rasul-Nya untuk disampaikan pada manusia untuk memperkukuh hubungan sesama insan bahkan ditambah dengan memperkukuh ikatan manusia dengan Tuhan mereka iaitu Allah.

“wahai manusia bertakwalah pada Tuhanmu yang menciptakan kamu…”

“segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam”

Maka asas dalam mendirikan syarai’ al ilahiyyah adalah pengetahuan dan kefahaman akan akidah serta tauhid dalam Islam.Dan ia ialah tauhid rububiyyah – Allah pencipta sekalian alam dan Dia pencipta segala sesuatu,mengurniakan rezeki pada ciptaan-Nya,menghidupkan dan mematikan,mengatur perjalanan alam dan Allah Tuhan bagi seluruh buana alam.seterusnya tauhid al uluhiyyah – Allah Tuhan yang satu dan tiada tuhan melainkan-Nya dan tiada satu pun makhluk menyamai-Nya dan tiada sembahan melainkan pada-Nya.

Maka tidak dinafikan bahawa insan sesungguhnya tidak cukup sekadar dengan apa yang menjaga tubuhnya dari kesakitan atau semaksud dengannya bahkan insan itu memerlukan sesuatu yang dapat memenuhi keperluan rohaninya dan keperluan yang membawanya pada rasa kesempurnaan serta yang Berkuasa ke atasnya,iaitu yang dapat membantu kehidupan dunianya serta akhiratnya.

Seterusnya membawanya mengenali manhaj dan etika dalam kehidupan serta adab dalam membina perhubungan dengan insan lain,ditambah pula dengan cara memelihara hak-haknya dan juga membimbingnya dalam beribadat pada Tuhannya.

“maka cintailah Tuhan dan sayangilah manusia”

“adakah manusia beranggapan akan ditinggalkan begitu sahaja”(tidak diperintah dan tidak pula ditegah oleh Tuhannya)-Imam Syafi’e [tafsir]

WASSALAM.

persaudaraan dalam Islam 2

•Julai 24, 2008 • Tinggalkan Komen

                                                    TIADA ADAB TIKA BERBICARA

                 Ini merupakan salah satu pintu luas bagi syaitan untuk mencerahkan kehendaknya dalam merosakkan serta meruntuhkan satu ikatan persahabatan yang terbina dalam kehidupan manusia sama ada dari konteks 2 sahabat,satu keluarga,satu persatuan bahkan satu negara.Ianya bermula dari satu kesilapan :- memandang bahawa erat persahabatan membuka jalan untuk mengumpat,memperlekeh sahabat,menghina dan perbuatan yang menyakiti sahabat itu

contoh yang diperhatikan kini :-

1) berkata-kata dengan nada suara yang tinggi contohnya menengking sahabat,mengaibnya di hadapan umum yang jelas menunjukkan penghinaan kepada sahabatnya.dan sama sekali tersimpang jauh dari ajaran Al-Quran.perhatikan firman Allah berwasilahkan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya :

” dan lunakkanlah suaramu sesungguhnya suara yang paling hodoh adalah suara keldai ”

dikuatkan pula dengan sabda junjungan Baginda :

” harumkanlah kata-katamu ” potongan hadis riwayat tabrani-silsilatul ahadis as sahihah.

Maka hendaklah seorang sahabat itu bertutur dengan kata-kata yang menggembirakan sahabatnya,menghilangkan gelisahnya,meredakan sedihnya.bukankah kita disuruh memudahkan dan menggembirakan?Dan jangan sesekali menyusahkan dan menyedihkan.Saidina Ali pernah berkata : sesiapa yang lembut kata-katanya.pasti manusia akan suka padanya.

2)bergurau secara berlebihan

gurauan yang indah serta benar dan tidak keterlaluan tiadalah salah kerana ia menambah seri tiang ukhuwwah.sebaliknya gurauan yang melampaui batas kesopanan akan terus-menerus menghancurkan nilai kecantikan serta ikatan ukhuwwah yang dibina.

kelembutan adalah anugerah,ucapan paling baik adalah kejujuran,sedang bergurau berlebihan.adalah kunci segala permusuhan-karya Qadhi at-Tannukhi

ambillah pengajaran,jagalah amal dan kalam.jangan bergurau untuk merendahkan sahabat dan jangan menghina kelemahannya bahkan tutupilah ia (aibnya).dan pula jangan memanggilnya dengan gelaran yang tidak disukainya.

” berkata-katalah kepada manusia dengan kalam yang baik ”

sebuah pepatah menyebutkan :-

jangan terlalu sering bergurau,kerana jka itu kamu lakukan,maka orang-orang bodoh akan menghinamu,dan orang-orang pandai akan membencimu.

 WASSALAM

paksi pemimpin

•Julai 21, 2008 • Tinggalkan Komen

“hendaklah ada di antara kamu golongan yang menyeru kepada kebaikan”

“dan orang yang beriman di kalangan lelaki dan perempuan sebahagiannya adalah penolong kepada sebahagian yang lain”

“katakanlah ini adalah jalanku dan mereka yang mengikutiku untuk menyeru pada Allah dengan hujah yang nyata “

                    adalah satu kewajipan ke atas pemimpin Islam dalam suatu organisasi untuk menanam rasa kasih sayang kepada ahli organisasi yang di bawah pimpinannya serta pembantu-pembantunya.Namun tidak dimaksudkan dengan kasih sayang itu ialah memenuhi kehendak ahli pimpinannya yang jelas bertentangan dengan syara’ bahkan rasa kasih sayang itu adalah memimpin dan mencegah mereka dari segala perbuatan yang mendatangkan kehinaan kepada mereka sekaligus mendidik dan mentarbiyyah ahli pimpinannya kepada kebaikan sama ada kepada diri atau kepada organisasi.

“jika kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka,nescaya binasa langit dan bumi serta penghuni di dalamnya”

                    telah dinukilkan ulama bahawa definisi berbuat baik kepada ahli yang dipimpin adalah melaksanakan sesuatu perkara yang mendatangkan manfaat kepada agama mereka dan kehidupan mereka walaupun perkara itu dibenci mereka kerana itulah salah satu cara sifat kasih sayang pemimpin kepada anak pimpinannya.

                    demikian juga ke atas pemimpin untuk menanam tekad dan keinginan untuk mencapai cita-citanya dalam dakwah serta bersedia menghadapi segala rintangan yang ingin menyekat matlamat dakwahnya.

                    Dalam melaksanakan tugasan,seorang pemimpin harus mentaklifkan seorang yang dianggapnya pasti serta mampu melaksanakan amanah yang diberi.Maka apabila tugasan itu berada pada kemampuannya,maka dia lebih utama daripada yang lain.

“sesungguhnya sebaik-baik orang upahan ialah orang yang kuat serta dipercayai”

dalam ayat di atas,kalimah al-quwwah diertikan pada kemampuan melakukan suatu tugasan.Namun demikian,kemampuan seseorang berbeza-beza berdasarkan suatu tugasan yang akan dilaksanakan.maka hendaklah pemimpin bijak memilih pembantunya dalam memenuhi tugasan dalam suatu organisasi.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS KEPADA AMT/ALP PMMM 2008/2009

“serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah serta nasihat yang baik”

“maka berbicaralah kamu berdua(Harun dan Musa) kepadanya(Firaun) dengan kata-kata yang lemah-lembut,mudah-mudahan dia sedar atau takut”

WASSALAM.