5 persoalan…

  1. kita sering melihat dan dapat menatap wajah-wajah muslimin dan muslimah di dalam laman web,contohnya WWW.FRIENDSTER.COM dan lain-lain.berkenaan dengan ehwal muslimin,mungkin tiada masalah.tapi yang muslimah?apakah hukumnya di sisi syara?
  2. kita sering menonton video-video yang diadaptasikan (ULEAD DAN LAIN-LAIN)untuk dijadikan kenangan selepas berakhir sesuatu program contohnya.jadi berkenaan dengan video yang terdapat di dalamnya perihal muslimah,wajah mereka,gerak-geri mereka,tawa mereka,senyum mereka dapat ditonton menerusi video yang diedit dan dipamerkan untuk tontonan umum seperti WWW.YOUTUBE.COM. Apakah hukumnya di sisi Islam itu sendiri?
  3. dalam perisian yahoo! messenger,terdapat permainan @ game yang disediakan untuk penggunanya.contoh yang sering dilihat dan dapat diperhati ialah SNOOKER.dan dapat diperhati muslimin dan muslimah lawan satu sama lain (bukan mahram) dan nampaknya berseronok.apakah pandangan Islam akan perkara dan perbuatan tersebut?
  4. lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi perempuan.apakah hukum jika kita mendengarnya?
  5. kita juga sering melihat ‘display image’ yang dipaparkan oleh sahabat kita contohnya di yahoo! messenger yang diletakkan gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat walaupun seurat rambut( kecuali kanak-kanak).apakah pandangan Islam akan perkara ini kerana mereka yang melakukan perkara ini rasanya tahu bahawa menyiarkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat adalah haram.?

         bersama-sama kita cari jawapannya.moga ada keberkatan atas usaha kita demi DEEN tercinta.

        wassalam.

        rumah putih 07-10

        24/06/2008

        1:10 am

~ oleh tintamaghribi di Jun 23, 2008.

Satu Respons to “5 persoalan…”

  1. erm..soalan yg mantap..

Tinggalkan komen