helaian angkasa

lambung wajah takhta

sepi tinta punya jejaka

pula nikmat buana hala

putih langit bersara

fana tangis cahaya

bayang jeriji raungan

laput rapuhan

halwa jeritan zaman

jari mencari teman

tangan kesima sepian

rentetan sungai kuburan

renung bara derhaka

hunus lintang petaka

sirna rintih sujud simpuhan Esa

telus hitam intan neraka

kudrat senja hujan tersemi

pusara mata kunjung ke hati

tunduk jatuh berdiri Ilahi

kendati lilin bakar sendiri

gah layar bercoret rasa

rindu fajar manis bahasa

purnama senyum tika suara

rintih cahaya susur cahaya

kalung cahaya atas cahaya

rumah putih 07-10 05/07/08 1:17 a.m

[ lonely sky_al mizzi ]

~ oleh tintamaghribi di Julai 5, 2008.

3 Respons to “helaian angkasa”

  1. tercari2 aku di dlm terjemahan..namun bukan dayaku tuk memahaminya..biiznillah,akn ku cuba lagi mencari jawapan kdp persoalan yg bermain dibenakku..he3..papepon,moga tarian pena terus pantas berlari seiring dgn langkahmu..barakallahufik=)

  2. MasyaAllah bahasa dalam puisi,berbelit otak membaca, Anda perlu mengkaji dan mencari jalan untuk menulis puisi dengan baik. Banyak sangat kesilapan dalam puisi ni, Sakit jiwa membaca kerana tidak ada satu pun tanda baca, Teruskan menulis.

  3. hmm,
    tahniah kerana mencuba menulis puisi..
    i like ur idea, but like what alfannani said, there is a rules n terms to write a poem…

    btw, keep it up bro…

Tinggalkan Jawapan kepada ..::anakmamababa::.. Batal balasan