Mujtama’ al basyari

“tiada kekuatan Islam kecuali dengan jama’ah”

“tiada kekuatan jama’ah kecuali dengan hadirnya nakhoda gah”

“tiada kekuatan nakhoda itu kecuali dengan ketaatan daripada rakyat di bawah”

MUJTAMA’ AL-BASYARI

Telah bermula mujtama’ al basyari yang pertama adalah mujtama nabi Adam ‘alaihissalam bersama isterinya hawa setelah mereka dikeluarkan Allah dari syurga ke dunia.berfirman Allah :-

“turunlah kamu ke dunia dan (kelak) sebahagian daripada kamu menjadi musuh kepada yang lain”

Dan dengan wujudnya kelahiran mujtama’ maka berlakulah perhubungan yang pelbagai antara individu-individu kerana telah menjadi tabiat dan kelaziman selepas pergaulan sesama mereka dan wujud ikatan kukuh antara mereka.Maka ikatan pertama yang berlaku ialah ikatan perkahwinan sebagai asas hubungan khusus antara lelaki dan perempuan.Dan dari hubungan itu lahir pula zuriat yang pula mengembangkan lagi ikatan mujtama’ al basyar khusus pada hubungan kekeluargaan.

“adakah wujud pencipta selain Allah ta’ala?”

“Allah adalah pencipta segala sesuatu”

“jika ditanya kepada mereka(kafir)siapakah pencipta mereka,nescaya mereka menjawab:Allah”

AL QAWANIN AL WAD ‘IYYAH  WASSYARAI’ AL ILAHIYYAH

Dan mujtama’ al basyari semestinya tidak dapat tidak akan tunduk pada peraturan dan undang-undang(al qawanin) supaya dapat disusun dan ditadbir sesuatu perhubungan sesama ahli mujtama’ dengan baik.Bahkan ia amat penting dan menjadi kewajipan pada satu-satu mujtama’ sebagaimana pentingnya mujtama’ kepada seorang insan.

Maka telah lahir al qawanin al wad ‘iyyah dan syarai’ al ilahiyyah.Dimaksudkan dengan yang pertama ialah peraturan dan undang-undang selaras dengan keperluan manusia dan ia sentiasa berubah-ubah seiring dengan perubahan suasana(al waqi’).

Manakala pengertian bagi syarai’ al ilahiyyah ialah undang-undang atau peraturan yang disyariatkan Allah melalui rasul-Nya untuk disampaikan pada manusia untuk memperkukuh hubungan sesama insan bahkan ditambah dengan memperkukuh ikatan manusia dengan Tuhan mereka iaitu Allah.

“wahai manusia bertakwalah pada Tuhanmu yang menciptakan kamu…”

“segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam”

Maka asas dalam mendirikan syarai’ al ilahiyyah adalah pengetahuan dan kefahaman akan akidah serta tauhid dalam Islam.Dan ia ialah tauhid rububiyyah – Allah pencipta sekalian alam dan Dia pencipta segala sesuatu,mengurniakan rezeki pada ciptaan-Nya,menghidupkan dan mematikan,mengatur perjalanan alam dan Allah Tuhan bagi seluruh buana alam.seterusnya tauhid al uluhiyyah – Allah Tuhan yang satu dan tiada tuhan melainkan-Nya dan tiada satu pun makhluk menyamai-Nya dan tiada sembahan melainkan pada-Nya.

Maka tidak dinafikan bahawa insan sesungguhnya tidak cukup sekadar dengan apa yang menjaga tubuhnya dari kesakitan atau semaksud dengannya bahkan insan itu memerlukan sesuatu yang dapat memenuhi keperluan rohaninya dan keperluan yang membawanya pada rasa kesempurnaan serta yang Berkuasa ke atasnya,iaitu yang dapat membantu kehidupan dunianya serta akhiratnya.

Seterusnya membawanya mengenali manhaj dan etika dalam kehidupan serta adab dalam membina perhubungan dengan insan lain,ditambah pula dengan cara memelihara hak-haknya dan juga membimbingnya dalam beribadat pada Tuhannya.

“maka cintailah Tuhan dan sayangilah manusia”

“adakah manusia beranggapan akan ditinggalkan begitu sahaja”(tidak diperintah dan tidak pula ditegah oleh Tuhannya)-Imam Syafi’e [tafsir]

WASSALAM.

Advertisements

~ oleh tintamaghribi di Julai 26, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: