jadilah seperti air mutlak

PENDAKWAH JADILAH SEPERTI AIR MUTLAK

Sesungguhnya golongan warasatul anbiya seperti yang pernah disebutkan oleh Nabi SAW  tidak selayaknya dibandingkan dengan artis,walau atas apa-apa alasan sekalipun.Mana mungkin sama tarafnya di sisi Allah antara si pembawa Allah dengan seorang artis.

Ada golongan yang menyatakan bahawa pendakwah harus terjun mendekati masyarakat berasaskan apa-apa yang mereka minat.Maka berbondong-bondonglah  pendakwah kita-ustaz dan ustazah-menjadi artis.Hatta ada yang terpaksa bertukar kulit menjadi pendakwah.Maka berkumandanglah lagu dakwah dalam pelbagai genre.Daripada pelbagai fesyen ke pelbagai pentas,mereka berpadu suara dakwah.Jangan dipersoalkan niat,kata mereka.Matlamat masih yang satu,iaitu berdakwah.

Golongan ini samalah seperti air mustakmal,iaitu air yang sifatnya suci,tetapi tidak dapat menyucikan sesuatu yang lain.Air teh ialah air yang air yang sifatnya suci,tetapi kesuciannya tidak boleh menyucikan pakaian yang kotor.JIKA TIDAK BETUL GAYANYA,GOLONGAN PENDAKWAH SEPERTI INI BOLEH MENIMBULKAN MASALAH DALAM MASYARAKAT.Mereka nampak seperti alim dan berilmu,tetapi realitinya mereka gagal memberikan manfaat dan kebaikan kepada orang lain.

Andai benar ada pendakwah yang menuntut bayaran tinggi untuk kerja dakwah,golongan ini dilabelkan sebagai pendakwah mustakmal.Pendakwah dalam golongan ini kadangkala sama perilakunya seperti seorang artis.Mereka menjadikan agama sebagai alas kaki.Kerja dakwah yang mereka lakukan bukanlah semata-mata untuk menegakkan agama Allah,tetapi hanya untuk kepentingan peribadi.

Jadilah seorang pendakwah yang baik dan berfungsi seperti air mutlak,air yang suci lagi menyucikan.Sifatnya bukan sahaja suci,malah kesucian itu boleh dimanfaatkan untuk kegunaan orang lain.Golongan ini bukan sahaja berilmu,alim dan sempurna akhlaknya,malah peka dengan ciri-ciri seorang pendakwah.Pendakwah mutlak sentiasa bermuhasabah diri dengan menghitung kelemahan dan memperkukuh kekuatan diri.Mereka tidak mencari keuntungan.Biasanya “keuntungan” yang mencari mereka,sama ada untung itu mencarinya di dunia mahupun membuahkan hasil di akhirat.

Dalam sebuah hadis,Nabi SAW bersabda yang bermaksud,”Tidaklah seorang itu dianggap alim sehinggalah dia tidak berhasad dengki kepada orang yang lebih daripadanya dan tidak menghina orang yang kurang daripadanya dan tidak mencari upahan kebendaan dengan ilmunya”.

Pendakwah yang paling bahaya dikenali sebagai pendakwah muqayat .Pendakwah dalam golongan ini seperti air mutanajjis,iaitu air yang kotor dan sudah pasti tidak boleh menyucikan sesuatu benda yang kotor.Golongan ini diibaratkan seperti najis yang lansung tiada manfaat kepada dirinya dan orang lain.Golongan ini bukan sahaja jahat,malah kejahatan mereka sehingga ke tahap membawa kebinasaan kepada orang lain.

Mereka terang-terang menggunakan ilmu agama untuk memanipulasikan orang lain hatta berani menceroboh ” maruah ” orang lain seperti kes penipuan,merompak,merogol sehingga sanggup membunuh.

Mereka termasuk dalam golongan ulama suk iaitu ulama jahat yang lansung tidak ada sifat takut kepada Allah.Kemungkinan golongan ini berilmu,tetapi tidak beramal dengan ilmunya hatta menjadikan iblis dan syaitan sebagai sahabatnya.Mungkin pada zahir hebat keilmuannya,tetapi hati mereka penuh dengan sifat-sifat cacat dan cela.

PERSOALANNYA : DIMANAKAH KITA ?

-copyright controlled-

Wassalam

Advertisements

~ oleh tintamaghribi di September 6, 2008.

Satu Respons to “jadilah seperti air mutlak”

  1. wah…ada blog la

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: